Wednesday, September 30, 2009

E4161-sistem komputer & aplikasi...


KELEBIHAN LINUX BERBANDING WINDOW



Berdasarkan pengalaman saya yang sedikit dalam penggunaan sistem operasi(OP), saya mendapati ada banyak sebab mengapa anda perlu mencuba sistem operasi ubuntu untuk kompoter anda setidak-tidaknya dengan membuat dual boot bersama windows.Antaranya ialah.

1.Lebih laju.Saya mendapati memproses sesuatu perkara didalam ubuntu lebih laju berbanding dari windows.Kalau dalam windows,komputer yang kita gunakan sering "hang" dan "buat hal, dan kadang-kadang perlu di restart beberapa kali, dalam ubuntu terlalu jarang berlaku perkara sebegitu.Dan jika kita membaca minimun system requirement untuk ubuntu ialah
Ubuntu is available for PC, 64-Bit and Mac architectures. At least 256 MB of RAM is required to run the desktop install CD. Install requires at least 4 GB of disk space.
Sudah tentu aksinya dalan komputer yang lebih bertenaga lebih cemerlang kan?

2.Selamat dari virus.Walaupun terdapat antivirus seperti clamav untuk ubuntu,tetapi saya tidak begitu risau akan keselamatan dari virus mahupun trojan, spyware, malware, worms, dot dot seperti dalam windows..

3.Free.Ya,ini mungkin sebab yang terbesar apalagi pengguna ubuntu mendapat sokongan open source yang menjanjikan software dan update terkini yang free, selamat dan mutu yang setanding software berbayar. Tidak perlu lagi terus menggunakan windows xp cetak rompak yang selalunya dibayangi oleh masalah keberkatan, menggunakan software yang di"crack" yang (oleh kerana tidak berkat selalu dimasuki virus?) tidak boleh diupdate, crack yang selalu mengandungi virus dan spyware, perisian berbayar yang cekik darah dan sebagainya.

4.Senang belajar programming.Bagi yang berkenaan, menggunakan linux lebih mendekatkan anda dengan programming tetapi tidak perlu untuk pandai programming barulah boleh menggunakan sistem linux.

5.Masih boleh menggunakan windows di dalam ubuntu menggunakan wine, virtual box, dan sebagainya.

6.Grafik effect yang power.Ubuntu 7.10 telah dilengkapi dengan compiz fusion iaitu software untuk desktop effect yang membolehkan desktop anda beraksi hebat (bagi komputer yang memiliki grafik card yang laju), 3D desktop, wobbly windows, dan bermacam lagi effect yang mengiurkan seperti ini.


window vista vs linux ubuntu

0 comments: